- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Perasmian Masjid Darul Hana

Must read

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menandatangani plak perasmian Masjid Darul Hana, Kampung Seberang Hilir, Kuching pada 15 April 2016.

Turut kelihatan ialah (dari kiri) Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Masjid Darul Hana yang bernilai lebih RM28 juta dibina sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan Darul Hana, iaitu transformasi Kampung Seberang Hlir bagi mewujudkan Bandar Raya Utara Abad ke-21.

Keluasan lantai dalaman masjid seluas 5,568 meter persegi mampu menampung kapasiti seramai 3,226 jemaah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article