- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Tarikh Hari Mengundi Ditetapkan Pada 7 Mei 2016

Must read

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah telah mengumumkan hari penamaan calon adalah pada 25 April 2016 manakala hari mengundi telah ditetapkan pada 7 Mei 2016.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-11 di Kuching pada 14 April 2016.

Dalam hal berkaitan, beliau berkata sebanyak 1,879 buah premis akan digunakan sebagai pusat mengundi  yang mengandungi 2,959 saluran mengundi manakala, 20,811 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya dengan kos belanjawan dianggarkan sebanyak RM135.6 juta.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa SPR telah bersetuju melantik 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya, bagi menjalankan pilihan raya di 82 kerusi DUN.

Selain itu, SPR turut menubuhkan Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya khusus bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2015 yang telah dikemaskini pada 10 April 2016, seramai 1,138,650 pemilih layak membuang undi yang terdiri daripada 1,113,522 orang pemilih biasa, 25,022 orang pengundi awal dan 106 pengundi pos.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article