- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penyerahan Bendera Negeri Sarawak Kepada Kontinjen Sarawak

Must read

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem telah menyerahkan bendera negeri Sarawak kepada Menteri Muda Belia Dan Sukan merangkap Chef-de-Mission Kontinjen SUKMA Sarawak Ke-18 2016, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sempena SUKMA Ke-18 yang akan berlangsung pada 18 hingga 31 Julai ini, Ketua Menteri telah menaruh harapan yang tinggi kepada kontinjen negeri Sarawak untuk memastikan sasaran 72 pingat emas tercapai.

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan Dan Solidariti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk SUKMA 2016, YB Datuk Sri Michael Manyin Jawong menyifatkan sokongan dan dorongan oleh Ketua Menteri itu sebagai satu pembakar semangat.

Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontijen Sarawak itu telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS pada 16 Julai 2016.

Turut hadir ialah Isteri Ketua Menteri, YBhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu, Menteri Kerajaan Tempatan, YB Datuk Profesor Dr. Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article