- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Perasmian Bangunan Penyelidikan Bersepadu SBC

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem memotong riben sebagai tanda perasmian Bangunan Penyelidikan Biodiversiti Bersepadu di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) Jalan Puncak Borneo, pada 13 Julai 2016.

Turut kelihatan ialah, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani (satu, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif SBC, YBhg Dr Yeo Tiong Chia (dua, kiri) dan mantan Timbalan Ketua Menteri YBhg Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang (kanan).

Bangunan Penyelidikan Biodiversiti yang dilengkapi dengan peralatan canggih bernilai RM2 juta itu akan membolehkan Sarawak memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang penerokaan biodiversiti bagi membolehkan sumber semulajadi di negeri ini dibangunkan secara komersil.

Menurut Ketua Menteri, wujudnya bangunan penyelidikan yang baharu di SBC ini, Sarawak berupaya melakukan sendiri penyelidikan dan pembangunan terhadap sumber semulajadi di negeri ini berbanding dengan 50 tahun yang dahulu.

Sempena majlis tersebut, Ketua Menteri turut melancarkan produk SBC “Litsara” daripada minyak pati yang diekstrak dari daun dan buah Litsea Cubeba, sejenis tumbuhan yang cukup terkenal di kalangan komuniti kaum Bidayuh, Kelabit dan juga Lun Bawang.

Produk yang dibangunkan oleh SBC itu telah mendapat kerjasama daripada komuniti terbabit di bawah program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article