- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Sambutan Hari Integriti dan Inovasi NREB

Must read

Controller Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Encik Peter Sawal menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) semasa Majlis Sambutan Hari Integriti dan Inovasi NREB sambil disaksikan oleh Menteri Muda Alam Sekitar YB Datuk Len Talif Salleh (kanan) yang turut merasmikan majlis tersebut pada 29 Julai.

Turut menyaksikan ialah Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Encik Jamaluddin Puteh (kiri).

Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, NREB merupakan agensi kedua Kerajaan Negeri yang telah menandatangani CIP sebagai usaha memerangi rasuah dan memastikan nilai integriti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak berada pada tahap tertinggi.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada beberapa orang kakitangan NREB yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Majlis sambutan yang bertemakan ‘Integriti di Hati, Inovasi di Sanubari’ telah diadakan di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article