Timbalan Ketua Menteri YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (tengah) melepaskan Konvoi Kembara Kerjaya yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak YBhg Datu August Buma (kiri) ketika merasmikan Program Hari Kerjaya Kebangsaan Peringkat Negeri 2016 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang telah diadakan di perkarangan Dewan Suarah Kuching pada 19 Ogos.
Turut kelihatan ialah Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak Encik Phillip Sangkan (kanan).
Konvoi berkenaan akan menjelajah ke beberapa lokasi Mini Karnival Kerjaya, iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Bintangor, Sibu dan berakhir di Bintulu pada 21 Ogos sebelum kembali ke Kuching.
Turut diadakan adalah pameran kerjaya dan temuduga terbuka.