- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Sambutan Kepulangan Atlet Terjun Negara

Must read

Kepulangan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 acara Terjun 10meter Platform Seirama Wanita, Pandelela Rinong anak Pamg yang ditemani ibu dan bapa beliau Pamg Joheng (tiga, kiri) dan Hartini Lamim (lima, kiri) disambut meriah pada majlis sambutan yang diadakan di Dewan Suarah, Kuching pada 3 September.

Turut hadir ialah Menteri Muda Belia dan Sukan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri), Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti YB Dato Sri Michael Manyin anak Jawong (dua, kiri), Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua, kanan) dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni (kanan).

Pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Menteri mengumumkan pemberian insentif daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM500,000 kepada Pandelela, anak kelahiran Sarawak yang telah mengharumkan nama negara dan negeri di pentas dunia berdasarkan kecemerlangan beliau meningkatkan pencapaian dalam sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini.

Pandelela yang juga pernah memenangi pingat gangsa dalam acara Terjun Individu 10meter Platform Wanita pada Sukan Olimpik London 2012 turut menerima insentif sebanyak RM100,000 serta sebuah kondominium bernilai RM700,000 daripada dua buah syarikat swasta tempatan.

Selain menerima insentif, Kerajaan Negeri pada minggu lepas telah mengumumkan pertukaran nama rasmi Pusat Akuatik Petra Jaya kepada ‘Pusat Akuatik Pandelela’’ sebagai mengiktiraf kejayaan beliau.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article