- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Perasmian Empangan Hidroelektrik Murum

Must read

TYT Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menandatangani plak Perasmian Empangan Hidroelektrik (HEP) Murum di Daerah Belaga pada 27 September.

Turut hadir Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, dua Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) YBhg Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif SEB YBhg Datuk Torstein Dale Sjotveit serta beberapa orang menteri kabinet negeri yang lain.

Projek Empangan Murum bernilai RM4.1 bilion yang dibangunkan oleh SEB mampu membekalkan tenaga elektrik sehingga 944 megawatt dengan purata tenaga tahunan 5,952 gigawatt-jam (GWh).

Empangan berkenaan yang beroperasi sepenuhnya pada Jun 2016 merupakan projek tenaga hidroelektrik pertama di Sarawak yang dibina di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCORE bagi menjana kuasa untuk keperluan pelabur di Taman Perindustrian Samalaju.

Menurut TYT Yang di-Pertua Negeri, pembinaan Empangan Murum telah mengubah landskap sosio-ekonomi penduduk kawasan berkenaan terutamanya masyarakat Penan melalui program penempatan baharu yang turut membuka peluang pekerjaan, pendidikan dan aktiviti ekonomi yang lebih baik dan teratur.

Tambah beliau, empangan tersebut yang dibina tepat pada masanya mampu menawarkan bekalan elektrik yang mampan dan akan menarik lebih ramai pelabur dari pelbagai industri yang memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article