- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Hari Sukan Negara Bahagian Samarahan 2016

Must read

Residen Samarahan, Encik Abdul Rahman Sebli Senusi (empat, kiri) merakam gambar bersama wakil dari pejabat-pejabat daerah di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan dan beberapa orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setelah mengadakan sidang media di Pejabat Residen Samarahan berkenaan Hari Sukan Negara (HSN) Bahagian Samarahan pada 4 Oktober.

HSN Bahagian Samarahan anjuran bersama Pejabat Residen Samarahan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan dirasmikan pada 8 Oktober ini bertempat di Summer Mall.

Seramai 54, 000 orang dijangka akan menyertai HSN Bahagian Samarahan pada tahun ini berdasarkan jumlah penyertaan setakat ini yang mencecah 51, 000 orang.

Sempena sambutan HSN 2016, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM155,000 untuk membiayai kos sambutan di peringkat daerah, daerah kecil dan kampung di sekitar Samarahan.

Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti mega aerobik, zumba, pertandingan lompat tali, bola sepak sembilan sebelah, cabutan bertuah, pameran agensi kerajaan, program derma darah dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article