- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Konvensyen KIK PBT Negeri Sarawak 2016

Must read

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak (KKTS), Encik Bakrie Zaini (tiga, kiri) melakukan gimik pelancaran Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2016 di Sibu pada 28 September.

Konvensyen KIK PBT 2016 adalah konvensyen kali yang ke-5 dianjurkan oleh KKTS dengan kerjasama Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN).

Mengangkat tema “Empowering Civil Service Through Innovation”, konvensyen kali ini menampilkan sebanyak 31 kumpulan membabitkan 310 orang pegawai daripada 26 PBT.

Konvensyen tersebut yang berlangsung selama dua hari turut melakar sejarah apabila buat pertama kalinya menampilkan 6 projek KIK Hybrid berkonsepkan “community engagement atau collective ownership” menggabungkan komuniti setempat dengan PBT.

Sehubungan itu, Kumpulan TATSUNOKO dari Majlis Bandaraya Miri yang membentangkan projek bertajuk “Penggunaan Delineator Post Di Zon Bandar Yang Kurang Efisyen” telah memenangi anugerah persembahan terbaik.

Manakala, kumpulan GLAMCO dari Dewan Bandaraya Kota Utara (DBKU) yang membentangkan projek bertajuk “Ketidakseragaman Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pokok Oleh Agensi Terlibat” telah merangkul anugerah pameran paling kreatif.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article