Ketua Editor RAKAN Sarawak, Encik Safri Ali Othman (dua, kanan) dan lima orang kakitangan dari Jabatan Pertanian Daerah Asajaya merakam gambar bersama peserta Projek Tanaman Jambu Air dan Jambu Batu Jejaring, Encik Lee Kui Shin (satu, kiri) di kampung Moyan Laut.
Encik Lee Kui Shin, berumur 69 tahun, telah mengusahakan tanaman jambu sejak 10 tahun yang lepas di tanah seluas 4 hektar dan kini beliau sudah menanam lebih 300 pokok jambu.
Buah jambu air dan jambu batu beliau mendapat permintaan yang sangat tinggi dari pemborong di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.
Selain melawat ke projek tanaman jambu jejaring, pihak dari Jabatan Pertanian Asajaya turut membawa RAKAN Sarawak melawat ke Projek Tanaman Jagung di Kampung Sampun Gerunggang dan Projek Ternakan Kambing Sri Tajo, Asajaya.