- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan 2016

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2016 Peringkat Kebangsaan di tebingan sungai Kuching pada 22 Oktober lepas.

Turut bersama beliau di atas pentas ialah Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tiga, kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (empat, kiri) dan dif-dif kehormat yang lain.

Ketua Menteri semasa menyampaikan ucapan perasmian berkata, beliau gembira melihat sudah wujud peningkatan kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Namun, beliau agak kesal dengan keadaan sungai yang semakin tercemar akibat kegiatan manusia seperti aktiviti pembalakan, perindustrian, dan pembuangan sampah sarap sehingga menghalang aliran semulajadinya.

Beliau turut berkata, faktor pencemaran dan kemusnahan alam sekitar juga adalah disebabkan lemahnya sistem penguatkuasaan, memandangkan kurangnya tindakan diambil meskipun negara kita mempunyai undang-undang alam sekitar.

Justeru, beliau mahu memastikan agar penguatkuasaan terhadap penjagaan alam sekitar akan dipertingkatkan malah, beliau menuntut agar usaha di peringkat antarabangsa dilaksanakan demi menyelamatkan alam sekitar kita.

Sehubungan itu, Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini bertemakan “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” menuntut usaha berterusan untuk mencetus pembentukan minda rakyat kelas pertama yang benar-benar cintakan kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article