- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Hari Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2016

Must read

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan), YBhg. Datu Dr Sabariah Putit menerima cenderamata daripada Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (USMN), Encik William Patrick Nyigor selepas menyampaikan ucaptama sempena Hari Psikologi Perkhidmatan Awam 2016.

Pengurusan Perubahan Budaya Melalui Aplikasi Psikologi dalam pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam adalah topik yang telah diberi penekanan dalam ucaptama beliau yang juga merupakan tema Hari Psikologi PANS tahun ini.

Hari Psikologi Perkhidmatan Awam berlangsung selama 2 hari bermula dari 26 Oktober dan akan berakhir pada 27 Oktober di Pustaka Negeri Sarawak dengan matlamat untuk menyebarluas kesedaran mengenai perkhidmatan kaunseling dalam perkhidmatan awam dan menambah baik kecemerlangan kualiti penyampaian dengan memanfaatkan sepenuhnya aplikasi psikologi dalam mengurus sumber manusia.

Acara yang kali kedua diadakan pada tahun ini juga dijadikan sebagai platform mengumpul para profesional dan pakar bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article