- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Seminar Pengurusan Lean Wilayah Sarawak Dan Sabah

Must read

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Haji Openg (enam, kiri) merakam kenangan bersama penerima-penerima sijil “Productivity Champion” ketika merasmikan Seminar Pengurusan Lean Wilayah Sarawak Dan Sabah di Kuching pada 2 November 2016.

Turut kelihatan Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Mohd Razali Hussain (enam, kanan), Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Chin Zin Hing (tengah) dan Pengarah MPC Wilayah Sarawak, YM Tengku Azmi Tengku Majid (lima, kiri).

Seminar yang bertemakan “Peperangan Terhadap Pembaziran” merupakan salah satu usaha MPC untuk menerap serta membudayakan penambahbaikan yang berterusan di kalangan warga kerja sesebuah organisasi menerusi pengurusan Lean.

Melalui amalan sistem pengurusan Lean, kaedah dan prosedur serta cara kerja seharian dapat diperbaiki sekaligus memberi impak positif terhadap produk dan perkhidmatan malah mempercepatkan proses penyampaian bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Menurut Dato’ Mohd Razali Hussain, peserta seminar akan didedahkan kepada amalan-amalan terbaik daripada organisasi-organisasi yang berjaya dalam mengamalkan Sistem Pengurusan Lean seperti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan KPJ Kuching (Specialist Hospital).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article