Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dan isteri YABhg Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu serta beberapa orang tetamu-tetamu kehormat yang lain bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Wanita pada Majlis Sambutan Hari Wanita 2016 Peringkat Negeri yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada 5 November.
Turut hadir ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah.
Sambutan bertemakan ‘Sarawak Women in the Education: Shaping Mind, Body and Spirit’ dirasmikan oleh Ketua Menteri dan dihadiri seramai lebih 6,000 orang.