- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Khidmat Sokongan Pekerja JKM Menyampaikan Sumbangan Tahun Baharu Cina 2017

Must read

Ahli Khidmat Sokongan Pekerja (KSP) Jabatan Ketua Menteri (JKM) telah menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina 2017 kepada kakitangan-kakitangan Jabatan Ketua Menteri dalam satu majlis ringkas di Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg. Datu Dr Sabariah Putit di pejabat beliau.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif bersama Bahagian Sokongan Pekerja, Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) dan ahli KSP.

Antara penerima sumbangan ialah Encik Fabian Chin, Pembantu Operasi daripada Unit Pentadbiran (tiga, kiri), Encik Leong Phung Fui, Pemandu Kenderaan daripada Unit Pembangunan Tenaga Kerja (empat, kiri) dan Puan Chai Chin Mui, Pembantu Awam daripada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (lima, kiri).

Majlis sumbangan ringkas tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif KSP bagi membudayakan nilai Kind and Caring seperti yang digariskan di bawah Sarawak Civil Service (SCS) Shared Values dengan matlamat untuk mengubah satu budaya kerja berdasarkan nilai dan norma yang lama kepada satu budaya kerja yang baharu.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri, Encik William Patrick Nyigor, Ketua Bahagian Sokongan Pekerja Unit Sumber Manusia, Encik Riziandy Nawawi dan ahli-ahli KSP yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article