- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

SCaT FAIR 2017

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bertanya sesuatu kepada peserta pameran di Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak atau SCaT FAIR (Sarawak Career and Training Fair) 2017 anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) yang dirasmikan beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK pada 4 Mac.

Turut kelihatan Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja (WDU), Jabatan Ketua Menteri Dr. Abdul Rahman Deen (kiri), Timbalan Ketua Menteri YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (tiga, kanan), Menteri Muda Belia, Sukan dan Solidariti YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kanan) dan Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan merangkap Pengerusi TEGAS YB Datuk Haji Len Talif Salleh (kanan).

Dalam ucapan perasmian, Ketua Menteri mengumumkan akan membina sebuah inkubator bernilai RM30 juta di Taman Perindustrian Samajaya sebagai platform kepada golongan belia Sarawak memperkembangkan perniagaan dan produk mereka.

SCaT FAIR 2017 telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mac dan diadakan buat kali yang ketujuh dengan tema ‘Be the Future Changemaker’.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article