- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Produk Pertanian Berkualiti dan Selamat melalui pensijilan MyGap

Must read

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Barisan belakang, tengah) merakam kenangan bersama sebelas penerima sijil myGAP (Good Agriculture Practice atau Amalan Pertanian yang baik) sempena Seminar Pengeluaran Pertanian Lestari, Berkualiti Dan Selamat 2017 di Kuching pada 17 April.

Turut hadir Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan YB Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pesisir) dan Perikanan YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Muda Pertanian YB Encik Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak YBhg Datu Lai Kui Fong dan Pengerusi Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak, Dr Alvin Chai.

Ketika merasmikan seminar tersebut, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini terdapat 106 orang pekebun dan peladang di seluruh Sarawak yang setakat ini memiliki pensijilan myGAP  melibatkan kawasan seluas 630 hektar di negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, jumlah tersebut menurut beliau perlu dipertingkatkan melihat saiz tanah yang luas dan potensi dibangunkan sebagai “kawasan pengeluaran makanan”

Pensijilan myGap penting bagi menggalakkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti (menepati piawaian Malaysian Standard) dan selamat dimakan untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article