- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Hari Sarawak, Mengimbas Kembali Sejarah Sarawak Dalam Pembentukan Malaysia

Must read

22 Julai adalah tarikh bersejarah buat Sarawak setelah diisytiharkan bebas daripada cengkaman penjajah koloni British pada tahun 1963 seterusnya pentadbiran negeri yang telah diserahkan untuk diurus oleh anak Sarawak sendiri.

Sarawak, kemudiannya telah mengambil keputusan bijak apabila bersetuju menjadi pihak kepada pembentukan Malaysia setelah menandatangani Perjanjian Malaysia pada Julai 1963 di London.

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Sarawak di Tebingan Kuching.

Namun demikian, ini tidak bermakna Sarawak tidak boleh berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kembali hak yang telah terhakis sebelum ini seperti yang termaktub mengikut perlembagaan persekutuan, Perjanjian Malaysia, Akta Malaysia, Laporan dan Cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Beliau yakin sikap terbuka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat menyelesaikan beberapa perkara berbangkit dengan pendekatan yang terbaik.

Sambutan Hari Sarawak pada tahun ini telah dimeriahkan dengan persembahan tarian selamat datang, tayangan video klip khas tentang sejarah Sarawak dan persembahan “bicara berirama” oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) RPR Astana.

Selepas upacara perasmian, para tetamu kehormat dibawa untuk menyaksikan pameran sejarah di “Steamship Building” tebingan Kuching yang mempamerkan lebih 100 gambar, artifak dan video berkaitan zaman penjajahan Jepun (1941-1945), Penjajahan ketenteraan Australia (1945-1946) dan Penjajahan British (1946-1963).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article