- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak 2017

Must read

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak 2017 akan diadakan pada 3 hingga 6 Ogos depan bertempat di Tapak Pesta Kampung Belawai, Tanjung Manis.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada hari Sabtu pukul 10.30 pagi.

Pelbagai program menarik diadakan sepanjang empat hari sambutan yang dijangka menarik seramai 15,000 pengunjung termasuk koperator dari seluruh Sarawak.

Antara program-program yang akan diadakan adalah, ekspo dan pameran oleh pelbagai agensi, koperasi dan para usahawan, penyampaian anugerah koperasi cemerlang, penyampaian cek pembiayaan, promosi dan demonstrasi produk koperasi usahawan, aktiviti keceriaan dan kebudayaan dan pelbagai lagi program menarik.

Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan yang bermula dari 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 malam.

Hari Koperasi Negara disambut setiap tahun sejak 15 tahun lalu bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan negara serta memperlihatkan pencapaian dan kejayaan gerakan koperasi kepada masyarakat.

Selain itu, Hari Koperasi Negara disambut bertujuan untuk mempromosi konsep berkoperasi sebagai kesatuan dan institusi keusahawanan yang seterusnya mengiktiraf sumbangan gerakan koperasi sebagai pemangkin pertumbuhan sosio ekonomi negara.

Sambutan di seluruh negara pada tahun ini berlangsung selama sebulan bermula dari 21 Julai hingga 30 Ogos 2017.

Tema sambutan pada kali ini adalah ‘Transformasi Koperasi ke Arah Kesejahteraan’.

Majlis pra pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan di Kuching pada 25 Julai.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article