- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak (SEDCC)

Must read

Jawatankuasa Penyelerasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak atau Sarawak Entrepreneurship Development Coordination Committee (SEDCC) telah ditubuhkan sebagai usaha mewujudkan kolaborasi di antara agensi keusahawanan agar sumber-sumber yang sedia ada dapat digunakan secara optimum sekaligus akan memberi manfaat kepada para usahawan di Sarawak.

Jawatankuasa ini akan merangka mekanisme-mekanisme penyelarasan kerja yang lebih terurus dan sistematik untuk mengelakkan pertindihan projek atau program, pada masa yang sama untuk memastikan setiap inisiatif keusahawanan yang dilaksanakan sampai kepada sasaran yang tepat.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat SEDCC di Kuching pada 26 Julai.

Beliau menegaskan bahawa penubuhan SEDCC ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih kuasa dan fungsi agensi-agensi lain yang terlibat dengan keusahawanan di Sarawak sebaliknya adalah untuk membangunkan sinergi yang baik, melahirkan impak yang berkesan dan seterusnya berkongsi sumber dari sudut kepakaran, kewangan dan tenaga.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan Lima Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk bagi mengendalikan kesemua aktiviti dan program 62 agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di negeri Sarawak.

Lima jawatankuasa tersebut ialah Pembangunan Kapasiti, Bantuan Dana dan Peralatan, Premis Perniagaan, Pemasaran dan Penyelidikan, Inovasi & Kreativiti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article