- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kerjasama Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terus Diperkasa

Must read

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah memaklumkan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (JPNIN) dalam hal memberi akses pendidikan dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak, equiti dan keterangkuman.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja rasmi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak pada 27 Julai.

Menurut beliau, JPNIN yang juga salah satu ahli jawatankuasa dalam Majlis Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang sekarang ini dikenal sebagai Majlis Pembangunan Kanak-Kanak turut menyediakan pendidikan awal kanak-kanak melalui sejumlah 172 buah tabika dan 4 taska terdiri melibatkan seramai  3, 501 jumlah kanak-kanak.

Dalam pada itu, pihak mereka juga akan memastikan bahawa profesionalisme guru yang mengajar kanak-kanak akan dipertingkatkan dari segi kelayakan dan kemahiran melalui persidangan, konvensyen, bengkel dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya akan turut bekerjasama dengan Rukun Tetangga dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk sama-sama membanteras gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dalam masyarakat di negeri ini.

Dari aspek hal-hal keselamatan komuniti, jelas beliau setakat ini terdapat sejumlah 958 Rukun Tetangga sudah pun diwujudkan di negeri Sarawak yang boleh menjadi mata dan telinga kepada kerajaan menyampaikan isu setempat selain inisiatif Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kini sudah mencapai 473 jumlah keseluruhannya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article