- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kelestarian Sebagai Salah Satu Agenda Pembangunan

Must read

Seiring dengan usaha untuk terus melangkah ke arah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Sarawak harus menggunakan sumber kekayaan seperti minyak dan gas, hutan dan perikanan secara optimum.

Langkah ini penting bagi memastikan sumber-sumber ini dapat terus menjana pendapatan aliran sebagai dorongan untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang atau pembangunan ekonomi Sarawak.

Perkara ini ditekankan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi, YB Dato Sri Michael Manyin Jawong yang mewakili beliau bagi merasmikan Majlis Persidangan Antarabangsa Pembangunan, Alam Sekitar dan Masyarakat (ICDES) 2017 di Kuching pada 16 Ogos 2017.

Selaras dengan langkah tersebut, Kerajaan Negeri mahu memastikan semua kumpulan etnik di Sarawak akan terus menikmati hasil pembangunan dalam suasana aman dan harmoni tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar dan sumber semula jadi.

Jelas beliau, semua agensi Kerajaan Negeri memainkan peranan penting untuk memastikan matlamat-matlamat pembangunan lestari merangkumi semua elemen alam sekitar, sosial dan ekonomi dilaksanakan.

Sesungguhnya, Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab yang sangat besar dan disebabkan itu, kerajaan akan terus berjuang untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif di Sarawak.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan semua dasar yang dirancang dilaksanakan untuk mewujudkan ekosistem yang sihat, saksama, inklusif dan mampan.

IDECS 2017 yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan ditaja oleh Biro Konvensyen Sarawak (SCB) telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article