- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bergambar bersama para penerima sijil ‘Productivity Champion’ selepas beliau merasmikan Seminar dan Forum Kecemerlangan Perniagaan anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) dengan kerjasama Sarawak Business Federation (SBF), Malaysian Manufacturers (FMM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 23 Ogos di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah MPC Tuan Haji Ab Rahim Yusoff (lima, kiri), Pengerusi MPC YBhg Tan Sri Azman Hashim (enam, kiri), Ahli Lembaga Pengarah MPC YBhg Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Datuk Abang Haji Openg (empat, kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit (tiga, kiri) yang juga salah seorang daripada enam penerima sijil tersebut bagi mewakili Jabatan Ketua Menteri.

Seramai 250 orang peserta menghadiri seminar dan forum sehari yang diadakan bertujuan untuk mempercepat usaha memupuk kecemerlangan organisasi di Sarawak dengan mempromosi amalan pengurusan yang produktif dan bertaraf dunia. Berita Lengkap

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article