- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Komuniti Perniagaan Perlu Lengkapkan Diri dengan Teknologi Digital

Must read

Hala tuju pembangunan Sarawak melalui beberapa inisiatif seperti penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBoS) dan Petroleum Sarawak (PETROS), pengambil alihan Empangan Hidro Bakun, pembangunan infrastruktur ICT dan sistem pengangkutan yang dilengkapi LRT selaras dengan visi ekonomi digital adalah bagi merangsang pembangunan sosio-ekonomi Sarawak.

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata demikian ketika merasmikan Seminar dan Forum Kecemerlangan Perniagaan anjuran MPC dengan kerjasama Sarawak Business Federation (SBF), Malaysian Manufacturers (FMM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 23 Ogos di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Beliau menjelaskan, insiati-inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri terutama dalam membangunkan infrastruktur ICT perlu diberi perhatian oleh komuniti perniagaan dengan harapan agar mereka mengguna pakai teknologi digital dalam pengurusan dan perniagaan yang beliau percaya mampu mengurangkan kos, menjimatkan masa serta lebih efisien dan efektif.

Tambah beliau, usaha Kerajaan Negeri ke arah ekonomi digital telah mendapat respon yang baik daripada komuniti perniagaan yang juga telah menyumbang idea bagi mencapai visi berkenaan.

Oleh itu, beliau berharap supaya peserta seminar dan forum tersebut bersedia melengkapkan diri mereka dengan teknologi digital dalam perniagaan atau e-commerce.

Menyentuh mengenai daya saing negara, Ketua Menteri menganggap kejayaan Malaysia berada di kedudukan ke-24 daripada 63 buah negara paling berdaya saing dunia menunjukkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melaksanakan tugas dengan baik dalam membantu kerajaan mencapai kejayaan tersebut.

Laporan Tahunan Daya Saing (WCY) 2017 yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan (IMD) juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketujuh di kalangan negara Asia Pasifik dan kedua di rantau Asia Tenggara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article