- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Ketua Menteri Akan Merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg akan hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau yang akan diadakan di perkarangan Tasik Biru Bau pada 23 September 2017.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian sempena majlis tersebut, dua lagi acara penting turut diadakan iaitu Majlis Pecah Tanah Kompleks Pejabat Daerah Bau dan Pesta Tasik Biru Bau 2017.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia (WBM) pada 13 September 2017.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan lebih 5,000 orang pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan ulang tahun ke-60 Majlis Daerah Bau yang akan memulakan aktiviti pengisian dari 22 hingga 24 September ini.

Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya pameran agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); Bau Kitchen; Jualan Kraftangan dan Cenderamata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) “My Best Buy”; Acara Tarik Tali Berakit; Jong Regatta dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article