- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

RM7.5 Untuk Projek Pembinaan Pejabat Daerah Bau Yang Baharu

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.5 juta bagi projek pembinaan Kompleks Pejabat Daerah Bau yang baharu.

Sebelumnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM7.5 juta.

Dengan peruntukan tambahan tersebut, ia akan dapat melengkapkan lagi projek pembinaan kompleks pejabat baharu tersebut termasuk pembinaan jalan dan landskap di sekitarnya kerana ia bakal menjadi mercu tanda di Bau.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau dan Pesta Tasik Biru 2017 di Pentas Utama Perkarangan Tasik Biru pada 23 September.

Menurut beliau, Bau begitu kaya dengan pelbagai produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan jika diuruskan dengan baik, dan semua ini akan dapat capai dengan adanya kerajaan serta pemimpin yang baik.

Memandangkan kawasan Bau telah membangun dengan begitu pesat, Kerajaan Negeri akan terus membangunkan Bau dengan pendekatan yang baharu iaitu menerusi ekonomi digital.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, YB Dato Henry Harry Jinep telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Jambatan Tondong ke Sebuku dengan peruntukan sebanyak RM10.7 juta dan Jambatan Musi ke Buso sebanyak RM5 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article