- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Miri

Must read

Seramai 335 orang penjawat awam persekutuan dan negeri menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) untuk Bahagian Miri yang disampaikan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam satu majlis yang diadakan di bandar raya Miri pada 31 Oktober.

Mengetuai senarai penerima ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Usahawan Sarawak YBhg Datu Liaw Soon Eng yang telah berkhidmat dengan taat setia dan berdedikasi selama 38 tahun.

Yang turut menerima pingat tersebut ialah Setiausaha Majlis Daerah Marudi Patrick Linggie Taboh yang berkhidmat selama 25 tahun, pesara Pembantu Perikanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Maning Nyundet dan Pembantu Tadbir Kanan Polis Diraja Malaysia, Faridah Ibrahim yang telah berkhidmat selama 40 tahun.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mencatatkan senarai penerima tertinggi dengan 122 orang penerima diikuti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak 37 penerima dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dengan 28 penerima.

Turut tersenarai, 22 orang penerima daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Majlis Daerah Subis seramai 18 orang penerima, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak masing-masing 17 orang penerima, Majlis Bandaraya Miri 11 orang penerima, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Miri masing-masing seramai lapan orang penerima.

Manakala Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mencatatkan masing-masing seramai empat orang penerima, MAMPU Cawangan Sarawak dengan sembilan orang penerima, Pejabat Residen dan Daerah, Bahagian Miri, Majlis Daerah Marudi dan Institut Latihan Perindustrian Miri masing-masing tiga orang penerima dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak masing-masing dua orang penerima.

Hadir sama menyaksikan majlis penyampaian pingat tersebut ialah isteri Ketua Menteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Dr. Sabariah Putit, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga YB Rosey Yunus serta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article