- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Jambatan Bako Siap Sepenuhnya Pada Mac 2018

Must read

Projek jambatan Bako yang sudah dimulakan sejak Mac 2016 berjalan lancar dan dijadualkan siap pada 16 Mac 2018 yang kini sudah 83 peratus siap.

Jumlah keseluruhan kos pembinaan projek jambatan Bako ialah sebanyak RM48 juta dan RM6 juta daripada jumlah tersebut telah digunakan untuk membayar pampasan tanah dan pembinaan jalan selepas jambatan.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Muda Jalan Pesisir YB Datuk Julaihi Narawi ketika mengadakan Lawatan Kerja ke tapak projek pembinaan jambatan Bako, Kuching pada 6 November 2017.

Menurut beliau, Jarak projek tersebut ialah sepanjang 3.5 kilometer termasuk jarak jambatan sepanjang 280 meter.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bahawa projek pembinaan jambatan Bako itu dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan ia merupakan salah satu usaha untuk menghubungkan kawasan pesisir pantai melalui jalan raya.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Muda Pengangkutan YB Datuk Dr Jerip Susil, pihak pelaksana projek dan pengamal media melawat ke pojek pembinaan jalan “under-pass” di Bulatan Temenggung Abang Kipali, Petra Jaya.

Projek laluan bawah tanah yang menelan kos sebanyak RM67 juta ini juga turut dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Projek pembinaan jalan under-pass itu telah diberi tempoh 24 bulan dari tarikh mula (November 2015) untuk disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2018.

Sementara itu, pembinaan Jambatan Emart-Stapok sepanjang 320 meter kini 80 peratus siap. Projek yang berjarak 4.4 kilometer keseluruhannya itu dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM122 juta.

Menurut beliau, jambatan itu akan menjadi jalan alternatif bagi pengguna jalan raya untuk pergi ke kawasan Stapok dan Matang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article