Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan setem khas sempena memperingati Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Bangunan DUN, Petra Jaya, Kuching pada 8 November 2017.
Turut hadir, dua orang Timbalan Ketua Menteri, iaitu YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker DUN YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato’ Seri Jailani Johari.
Setem berkenaan dilancarkan semasa hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Persidangan DUN Ke-18. Berita Lengkap