- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Jambatan Darul Hana Lambang Kepelbagaian Kaum dan Perpaduan

Must read

Jambatan baharu merentangi Sungai Sarawak yang melengkung seakan huruf ‘S’ dinamakan sebagai Jambatan Darul Hana.

Yang Di-Pertua Negeri TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengumumkan nama jambatan pejalan kaki berkenaan yang bernilai RM35 juta pada Majlis Perasmian Jambatan Baharu di Sungai Sarawak di Tebingan Sungai Kuching pada malam 11 November 2017.

Turut hadir, isteri beliau Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri YABhg Datin Patinggi Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohd Morshidi Abdul Ghani, menteri-menteri kabinet negeri yang lain dan ribuan masyarakat berbilang kaum.

Yang Di-Pertua Negeri berkata, Darul Hana bermaksud place of peace and tranquillity atau suasana damai dan tenang.

Jelas beliau, jambatan yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan itu melambangkan suasana hidup masyarakat berbilang kaum dan agama serta perpaduan, khususnya di kedua-dua kawasan.

Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan beliau berkata, pembinaan jambatan berkenaan adalah cetusan ilham TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sendiri ketika beliau menjadi Ketua Menteri.

Beliau berharap supaya reka bentuk jambatan tersebut yang menarik dan estetik akan menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak.

Struktur Jambatan Darul Hana disokong oleh dua menara kabel keluli berbentuk kepala burung kenyalang yang menjadi ikon Sarawak dengan kecondongan 48 darjah, berlatar belakang Astana dan Bangunan Dewan Undangan Negeri jika dilihat dari sebelah Tebingan Sungai Kuching.

Yang istimewa, jambatan sepanjang 335meter yang menjadi mercu tanda baharu bandar raya Kuching itu dirasmikan tepat pukul 11.11 minit 11 saat malam pada 11 November (bulan kesebelas).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article