- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

86 Usahawan Mikro Berjaya Menjana Pendapatan Lumayan

Must read

Seramai 86 orang telah berjaya mencapai nilai jualan RM1 juta secara atas talian menggunakan medium facebook serta Instagram sejak program e-usahawan mula diperkenalkan dan ia agak membanggakan kerana berjaya menambah hasil pendapatan usahawan mikro di Sarawak.

Perkara ini didedahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim ketika berucap di Majlis Penangguhan Program e-Usahawan dan e-Rezeki Sarawak 2017 di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 27 November 2017.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 808 orang telah dilatih dalam program e-Usahawan di Sarawak dan latihan masih berlangsung sehingga Disember 2017 bagi mencapai sasaran untuk melatih 3,000 orang usahawan mikro di Sarawak.

Sasaran seramai 3,000 orang dilatih itu telah pun dipersetujui bagi setengah tahun (Jun 2017)  namun, jumlah tersebut masih boleh dipertingkat lagi dan diharap penglibatan rakyat Sarawak dalam program e-Usahawan bagi tahun 2018 akan lebih memberangsangkan.

Bagi memperkasakan para usahawan mahupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang usahawan, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim memaklumkan bahawa pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengatur penjadualan kelas ke 15 buah kawasan di sekitar Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua rakyat Sarawak agar merebut peluang yang telah disediakan oleh MDEC dengan menyertai program e-Usahawan dan e-Rezeki.

Mengulas tentang program tersebut, beliau berkata bahawa pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang berskala besar di peringkat negeri ini merupakan satu cabaran yang disahut baik oleh semua pihak.

Justeru, pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan ekosistem setempat seperti tenaga pelatih tempatan serta kemudahan-kemudahan latihan yang dapat menampung dan digunapakai bagi mencapai objektif program ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article