- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Inovasi Sistem Perakam Aras Air Mudah Alih Bantu JPS Pantau Banjir Kilat

Must read

Inovasi Sistem perakam aras air mudah alih iaitu “Intelligent Gauge” (IG) kini telah memudahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) mengesan banjir kilat dan mempercepatkan masa pegawai JPS mengumpul data banjir dengan hanya menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

IG adalah sistem perakam air mudah alih bersifat hybrid dan komprehensif untuk merekod data aras air secara telemetri dan ‘real-time’ yang akan memantau kejadian banjir serta memberi amaran awal di kawasan berisiko tinggi banjir kilat terutamanya di kawasan bandar.

Perkara ini diterangkan oleh Ketua Kumpulan DID Kenyalang dari Cawangan Hidrologi dan Sumber Air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Puan Inja Hellegers Achong ketika membuat demonstrasi kepada media berkenaan produk inovasi tersebut di Kuarters Kerajaan Persekutuan Stampin pada 19 Januari, lepas.

Jelas beliau, IG adalah projek perintis JPS yang merangkumi tiga komponen iaitu data paras air, sistem siren dan nyalaan lampu.

Apabila berlakunya banjir kilat, siren dan “strobe light” akan memberikan amaran secara audio dan visual kepada penduduk sekitar sebaik saja IG mengesan ukuran aras air yang sudah mencecah 0.15 meter.

Menurut beliau, IG telahpun diguna dan dipasang di beberapa buah lokasi sekitar Kuching iaitu di Jalan Baddruddin, Federal Quarters, Jalan Durian Burung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Muara Tuang.

Maklumat banjir kilat daripada JPS akan turut digunakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian di seluruh Sarawak bagi tujuan pemantauan dan kesiapsiagaan menghadapi banjir.

IG adalah produk inovasi yang dicipta oleh kumpulan DID Kenyalang dari JPS dan telah memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak Kategori Agensi Negeri melalui Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2017 yang telah diadakan di Miri pada 18 hingga 19 Oktober 2017.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article