Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar telah mengadakan “Walkabout” di sepanjang Tebingan Kuching pada 29 Januari 2018 sempena Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak.
Program “Walkabout” yang dianjurkan bersama Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) turut menyaksikan penglibatan ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak yang diketuai ADUN Batu Danau YB Encik Paulus Palu Gumbang yang juga pengerusi kelab tersebut.
Sempena program tersebut, YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia bersama ahli BNBBC telah mengagihkan sebanyak 1,000 beg sumbangan berupa makanan ringan dan cenderamata DUN kepada pengusaha bot penambang, orang awam dan pelancong di sekitar Tebingan Kuching.
Terdahulu, beliau telah menyampaikan geran sebanyak RM2, 000 kepada SABERKAS dan RM3, 000 kepada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).