- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Memperingati Sejarah Keunggulan Ulangtahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak

Must read

Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak amat penting bagi memperingati sejarah keunggulannya yang telah menjadi lambang kedaulatan Negeri Sarawak melalui proses perundangan yang adil.

Acara sambutan ini begitu signifikan untuk mengingati serta menghargai sumbangan individu-individu yang telah terlibat dalam pembentukan sistem perundangan Negeri Sarawak yang unik, tersendiri dan kontemporari.

Demikian kata Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika menyampaikan ucapan pembukaan bagi Persidangan Khas Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Kedua DUN Sarawak pada 30 Januari 2018.

Pada tahun ini, DUN Sarawak telah mencapai usia yang Ke-150 tahun sejak persidangan pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867.

Menurut TYT Yang Di-Pertua Negeri, DUN Sarawak merupakan institusi perundangan yang tertua di Malaysia dan mengamalkan sistem swa-pemerintahan atau self-government yang berlandaskan kepada sistem demokrasi berparlimen.

DUN adalah lambang kedaulatan negeri Sarawak dimana sejarah kedaulatan sesebuah negara dan bangsa berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan negara.

Semangat patriotisme ini merujuk kepada perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan dan komitmen seorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa semangat patriotisme merupakan pra-syarat utama dalam pembentukan suatu negara bangsa yang berjaya sebaliknya bangsa yang mengkhianati negaranya sendiri akan terjajah dan akhirnya mengalami kehancuran.

Oleh itu, TYT Yang Di-Pertua Negeri menyeru kepada semua rakyat untuk terus bersama-sama mempertahankan kedaulatan negeri ini.

Sehubungan itu, Persidangan Khas Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Kedua DUN) Sarawak yang ke-18 telah dimulakan dengan istiadat pemeriksaan kawalan kehormatan yang disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri

Selepas itu, istiadat di dalam Dewan Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar.

Seterusnya, TYT Yang Di-Pertua Negeri, Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker DUN, dan Dif-Dif Kenamaan yang lain mengadakan lawatan ke galeri pameran sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article