- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Forum Wanita #PressforProgress Membawa Perspektif Baharu untuk Wanita di Sarawak

Must read

Forum Wanita #PressforProgress berupaya membawa perspektif baharu untuk mendorong perubahan minda wanita di negeri ini serta mampu melahirkan wanita yang berdaya saing dalam era digital masa kini.

Demikian menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit ketika beliau menghadiri forum tersebut anjuran IBM Corporate Service Corps dengan kerjasama Tabung Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Beliau menyatakan keyakinan bahawa forum itu yang membincangkan topik berkenaan penglibatan wanita dalam perniagaan akan dapat membangunkan lebih ramai usahawan wanita di Sarawak.

Kerana itu beliau berharap agar peserta-peserta forum yang terdiri daripada kaum wanita akan memanfaatkan ilmu yang diperoleh berdasarkan perkongsian pengalaman mereka di tempat kerja, rumah mahupun sebagai ahli perniagaan.

YBhg Datu Dr. Sabariah juga menyifatkan forum berkenaan sebagai platform terbaik untuk wanita berkongsi pengalaman dan menyesuaikan kerjaya mereka dengan perubahan semasa.

Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri ke arah mencapai matlamat negeri termaju melalui ekonomi digital, beliau berharap agar forum sedemikian akan diteruskan kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama golongan wanita tanpa mengira bangsa, latar belakang dan kerjaya masing-masing.

Forum Wanita #PressforProgress telah diadakan di Hab Inovasi Digital TEGAS, Kuching pada 21 Mac 2018.

Seramai lebih 100 orang peserta wanita dari agensi-agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tempatan menghadiri forum yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Puan Rashidah Bolhassan dijemput sebagai penceramah jemputan yang membentangkan topik bertajuk ‘Leading Sarawak at an Inflection Point’.

Penceramah-penceramah lain yang turut dijemput ialah Pengasas bersama The Tuyang Initiative Cik Juvita T. Wan yang berkongsi kisah beliau sebagai usahawan sosial dan Pengarah Urusan IBM Malaysia Cik Chong Chye Neo dengan ceramah bertajuk ‘Mentransformasikan Wanita untuk Berkembang Maju Dalam Era Digital Sarawak’.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article