- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kerajaan Negeri akan Menaja Wartawan Tempatan Melanjutkan Pelajaran

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menaja dua orang wartawan tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda kewartawanan.

Perkara tersebut dimaklumkan ketika beliau menghadiri makan malam Majlis Santai Media Bersama Ketua Menteri Sarawak anjuran Pejabat Ketua Menteri di salah sebuah hotel di Kuching pada 25 Mac 2018.

Menurut Ketua Menteri, tajaan berkenaan yang akan dibiayai oleh Yayasan Sarawak bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan mutu laporan dan kewartawanan di kalangan pengamal media tempatan ke tahap yang lebih baik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menaja lebih daripada dua orang wartawan di bawah tajaan berkenaan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong cadangan daripada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) untuk menubuhkan institusi kewartawanan di negeri ini yang dinamakan Sarawak Press Institute (SPI).

Geran berjumlah RM100,000 telah diluluskan sebagai permulaan kepada KDJA untuk merealisasikan penubuhan institusi berkenaan.

Jelas Ketua Menteri, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengamal media tempatan supaya terus meningkatkan mutu laporan dan penulisan bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

Majlis turut dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) YB Datuk Haji Talib Zulpilip, dua orang Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, YB Abdullah Saidol dan YB Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Presiden KDJA Jacqueline Nur Atikah Abdullah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article