- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

LHDN Perkenal ‘jingle’ sebagai Usaha Mempromosi Kesedaran Cukai

Must read

Sebagai usaha meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti promosi kesedaran cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memperkenalkan ‘jingle’ atau lagu pendek yang menyampaikan mesej cukai serta perkhidmatan-perkhidmatan elektronik yang ditawarkan.

Jingle yang dihasilkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berdurasi 30 saat dan 60 saat itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, YBhg Dato’ Sri Sabin Samitah pada Majlis Mesra LHDN Bersama Media Negeri Sarawak 2018 di Kuching pada 2 April.

Jingle berkenaan akan disiarkan di stesen radio tempatan dan juga akan digunakan sebagai on hold ringing untuk panggilan masuk ke semua pejabat LHDN.

Dalam ucapan aluan, YBhg Dato’ Sri Sabin menyentuh mengenai sumbangan media yang memainkan peranan penting dalam menyebar luas mesej positif mengenai pematuhan cukai pendapatan yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Tambah beliau, penyampaian yang berkesan melalui media massa menimbulkan kesedaran umum mengenai kepentingan membayar cukai dan hasilnya, rakyat Malaysia kini lebih mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab untuk mengisytiharkan pendapatan serta membayar cukai.

Menurut beliau, jumlah kutipan cukai LHDN mencatatkan peningkatan pada tahun 2017, iaitu sebanyak RM123.233 bilion dengan peningkatan sebanyak RM9 bilion atau 8.15% berbanding 2016.

Kutipan LHDN di Sarawak turut mencatatkan peningkatan, iaitu sebanyak RM270.60 juta atau 5.65% daripada RM4.79 bilion pada 2016 kepada RM5.06 bilion pada 2017.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN Encik Arief Putera Mohd Sharipudin dan Pengarah LHDN Negeri Sarawak Puan Ramlot Keli.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article