- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Sejiwa Senada Saluran Tepat Menyampaikan Maklumat Pembangunan Terkini

Must read

Program Sejiwa Senada adalah saluran tepat untuk Kerajaan menyampaikan maklumat pembangunan kepada rakyat termasuk dasar-dasar dan pendekatan terkini yang telah dilaksanakan bagi masa depan Sarawak dari sudut sosial dan juga ekonomi.

Demikian dikatakan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sejiwa Senada di Saratok pada 21 April, lepas.

Pada majlis tersebut, beliau telah memaklumkan beberapa dasar dan pendekatan yang telah dilaksanakan untuk membangunkan Sarawak serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Ketua Menteri.

Antaranya, perundingan dengan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan hak dari sudut undang-undang yang menurut beliau bukanlah sesuatu yang mudah  kerana ia merujuk kepada apa yang termaktub di dalam perlembagaan.

Namun demikian, kita seharusnya berterima kasih kepada Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana telah bersetuju untuk berunding dengan Kerajaan Negeri mengenai hak Sarawak yang telah diambil sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja bahkan Perdana Menteri berjanji akan menyerahkan kembali hak-hak Sarawak.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut berunding mengenai hak Sarawak dalam industri gas serta minyak dan hasil perundingan tersebut, Sarawak telah mencapai beberapa kejayaan antaranya berjaya mengambil alih 25 peratus ekuiti daripada pegangan saham dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga).

Seterusnya, Sarawak juga berjaya mengambil 10 peratus daripada saham MLNG Train 9 milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dan itu bermakna Sarawak akan dapat mendirikan syarikat pembekal gas di Bintulu yang akan diurus oleh anak Sarawak sendiri.

Demikian antara beberapa kejayaan penting yang telah dicapai oleh Sarawak, justeru inilah tujuan diadakan program Sejiwa Senada untuk memaklumkan apa yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri terutama dari segi pembangunan sosio ekonomi

Program Sejiwa Senada di Saratok tersebut telah dihadiri oleh lebih 8,000 orang penduduk dari seluruh Bahagian Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article