- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

PPKS Meterai Perjanjian Dengan 33 Sekolah Angkat

Must read

Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 33 sekolah Angkat dari Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian pada 27 Jun 2018.

Pertukaran MoU tersebut telah disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi YB Dato Sri Michael Manyin Jawong bertempat di Auditorium PPKS.

Menurut Pengerusi PPKS YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, PPKS akan bekerjasama rapat dengan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menganjurkan pelbagai aktiviti untuk guru dan juga pelajar sekolah.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan seperti Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran, Kem Kepimpinan dan Kemahiran, Bengkel Motivasi dan bengkel yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Beliau menyifatkan kerjasama antara PPKS dan 33 sekolah angkat ini jelas menunjukkan komitmen untuk meningkatkan landskap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sehubungan itu, beliau telah mengumumkan bahawa pelajar dari 33 sekolah terbabit yang berniat untuk melanjutkan pengajian di PPKS akan menikmati yuran pendaftaran pada kadar istimewa.

Berkenaan PPKS, sejak ditubuhkan pada tahun 1994, pendidikan teknikal dan vokasional yang berkaitan dengan industri dan latihan telah disediakan bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran teknikal yang diperlukan.

PPKS juga telah melaksanakan pelbagai acara seperti Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Simposium Penglibatan Industri, Mesyuarat Minda dan pelancaran inisiatif Industri 4.0 di Kuching.

Awal tahun 2018, PPKS telah melancarkan Siri Penceramah Tamu PPKS untuk membawa industri ke dalam kelas dan pada masa akan datang, beliau amat mengalu-alukan penyertaan daripada pengetua, kaunselor, guru dan pelajar sekolah.

Di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya, TVET semakin meningkat kerana Penyedia Latihan Kerajaan dan Industri berusaha membangunkan tenaga kerja sebagai usaha menyokong pelbagai inisiatif pembangunan.

Ke arah usaha tersebut, beliau juga dengan sukacitanya memaklumkan PPKS komited untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan Sarawak untuk merancakkan TVET di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article