- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

MSS Komited Memartabatkan Seni Budaya Sarawak

Must read

Penubuhan Majlis Seni Sarawak (MSS) melalui Sarawak Arts Council Ordinance 2008 komited untuk memberi fokus dalam usaha memartabatkan Seni Budaya Negeri Sarawak.

MSS yang sudah mula beroperasi sejak 2017 memainkan peranan penting untuk mengekal, memulihara, menggalak serta mengembangkan bakat seni di Sarawak.

Antara objektif MSS ialah untuk mempromosi dan memartabatkan seni Sarawak ke persada dunia; menyokong, menggalak, menyelia pembangunan dan penyelidikan seni; mengekalkan dan mengembangkan kesenian Sarawak; dan Menyediakan kemudahan prasarana sebagai sumber utama seni.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan hari ke-6 Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 pada 16 Julai 2018.

Jelas beliau, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sejak Majlis ini beroperasi antaranya persembahan seni, mengelola sesi latihan seni dan pertandingan seni yang merangkumi muzik, vokal, nyanyian, tarian teater dan lakonan.

Program-program yang diadakan tersebut telah berjaya menarik minat seramai 1,250 pelajar dan ia merupakan suatu usaha untuk melahirkan belia tempatan yang berbakat dan berwibawa bagi meneruskan warisan seni dan budaya negeri ini.

Beliau juga memberitahu bahawa MSS telah berjaya membantu para belia yang berminat dalam seni persembahan dengan mengendalikan kelas bimbingan asas seni agar belia dapat memperbaiki dan mempelajari seni persembahan dengan lebih mudah dan efisien.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 22 Ogos akan datang, MSS akan bekerjasama dengan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) dan Kumpulan Seni Budaya Bintulu untuk mengadakan persembahan teater muzikal di Dewan Suarah Sibu.

Manakala pada Oktober, MSS akan mengelolakan persembahan “Malam Budaya Sarawak” yang akan melibatkan International Music House, Dayak Cultural Foundation, Dayak Bidayuh National National Association, Orang Ulu National Association dan Forum, Petra Dancers, Persatuan Melanau, Persekutuan China Sarawak, Persatuan India, Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak, Rumpun Seni Silat Sarawak, dan Persatuan Kesenian Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article