Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Encik Sharbini Suhaili berkaitan model loji pengeluaran dan stesen pengisian hidrogen perintis milik SEB selepas acara simbolik perasmian majlis pecah tanah projek pembinaan loji berkenaan pada 29 Julai.Turut hadir semalam, Menteri Utiliti, YB Dato Sri Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar,YB Dr Abdul Rahman Junaidi, dan Pengerusi SEB YBhg Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Loji dan stesen milik SEB adalah yang pertama seumpamanya di rantau asia tenggara dan dijangka siap pada suku pertama 2019. Projek tersebut akan dibangunkan oleh SEB dengan kerjasama Linde Malaysia Sdn Bhd.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote