- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pertubuhan Peladang Memacu Transformasi Ekonomi Luar Bandar

Must read

Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) akan memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu transformasi ekonomi luar bandar di Sarawak.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam teks ucapan beliau yang disampaikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak YB Dr. Haji Abdul Rahman Haji Ismail pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-33 di Kuching pada 27 September.

YB Datuk Amar Douglas yang merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak menerangkan, PPNS boleh memainkan peranan penting sebagai pemangkin perubahan, agen pemasaran dan perniagaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi ahli-ahli peladang melalui pengkomersialan dan pemodenan industri pertanian pada masa hadapan.

Justeru, Pertubuhan Peladang digalakkan untuk terlibat dalam rantaian bekalan makanan dengan menyelaraskan pemasaran produk-produk ahlinya dari peringkat pengeluaran kepada pemprosesan dan pemasaran.

Pertubuhan Peladang yang terdiri daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan serta ahli-ahli peladang digalakkan untuk menjalin kerjasama dalam urusan perniagaan.

Sehubungan itu, PPNS dan PPK harus mengambil langkah proaktif dengan mengetuai penganjuran program yang melibatkan aktiviti dan perniagaan untuk memberi manfaat kepada ahli dan Pertubuhan Peladang secara keseluruhannya.

Beliau mendorong PPNS dan PPK serta ahli-ahli peladang melaksanakan projek jangka panjang dan jangka pendek malah turut menggalakkan mereka bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang releven agar program pembangunan yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan cepat dan efektif.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article