- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Swinburne Jalin Kerjasama Dengan Tiga IPT Bangunkan Ekosistem IoT Di Sarawak

Must read

Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Universiti Curtin Sarawak pada 16 Oktober 2016 bagi membangunkan ekosistem Internet Untuk Segala-galanya (IoT) di Sarawak.

Upacara menandatangani MoU tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Majlis tersebut adalah sebahagian daripada program kesedaran Industri 4.0 yang diadakan selama 3 hari di Swinburne bermula dari 16 hingga 18 Oktober.

Perjanjian itu telah mewujudkan kerjasama diantara empat universiti tersebut untuk meneroka dan berganding bahu dalam menjalankan penyelidikan serta melaksanakan projek-projek ekosistem IoT bagi mewujudkan bandar raya bestari di Sarawak.

Ia turut menggariskan kerjasama untuk merekabentuk, membina dan mengguna pakai ekosistem IoT secara minimum di sesebuah bandar raya sedia ada dengan menggunakan kos rendah dan sedia ada.

MoU telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Profesor John Wilson bagi pihak Swinburne, bagi pihak UNIMAS ialah Naib Canselor YBhg Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidi, manakala bagi pihak UiTM ialah Rektor UiTM Cawangan Sarawak YBhg Profesor Dato Dr Jamil Haji Hamali dan bagi pihak Universiti Curtin ialah Profesor Dr Ramasamy Nagarajan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article