- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Jabatan Hutan Akan Terus Memberi Sumbangan Kepada Pembangunan Negeri Sarawak

Must read

Sebagai agensi yang kedua tertua di Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengurus dan memelihara hutan serta sumbernya untuk kegunaan masa kini dan manfaat generasi akan datang.

Justeru bagi memastikan JHS dapat terus memberikan sumbangan sewajarnya kepada pembangunan Negeri Sarawak, pihak jabatan telah memberi penekanan kepada beberapa agenda tertentu.

Antaranya, JHS akan menyelaraskan hutan yang sistematik dengan menggunakan teknologi yang terkini seperti Compact Airbone Tactical (CAT), Hyperspectral, drone dan sebagainya.

Pembangunan teknologi ini bukan sahaja untuk memperkasakan kerja-kerja penguatkuasaan seperti pengesanan, tetapi akan digunakan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi mengeluarkan benih-benih pokok tempatan yang bernilai tinggi, rintang terhadap penyakit serta mampu dituai dalam jangka masa yang singkat.

Bagi memudahcara pengurusan hutan serta sumbernya, JHS akan mengembangkan pembangunan teknologi lain seperti Sistem Informasi Berbasis Pemetaan dan Geografi (GIS), REVLOG, Hyperspectral STLVS manakala teknologi digital akan digunakan untuk memperkasakan kesedaran awam bagi menjaga dan memelihara hutan.

Selain tu, JHS juga berazam untuk meningkatkan jumlah keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) daripada 4.3 juta hektar yang sedia ada kepada 6 juta hektar.

Pelbagai program telah dilaksanakan seperti program Landskap Restorasi Hutan (LRH) secara besar-besaran di seluruh negeri Sarawak.

Bagi memastikan hutan dapat diurus dan dijaga dengan baik, JHS akan memastikan semua Lesen Hutan Jangka Panjang (F30) mencapai persijilan pengurusan hutan menjelang tahun 2022.

Antara lain, JHS akan memastikan penduduk yang tinggal di luar bandar terutama mereka yang tinggal di dalam dan pinggir HSK turut mendapat pembangunan.

Ke arah usaha tersebut, JHS telah merangka pelbagai aktiviti pembangunan komuniti melalui program perhutanan sosial.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak YBhg. Encik Hamden Mohammad ketika melancarkan Logo Sambutan 100 Tahun Jabatan Hutan Sarawak, pada 9 Januari 2019.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article