- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan

Must read

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah diadakan dalam satu majlis yang ringkas di Kompleks DUN Sarawak pada 17 Januari 2019.

Pertandingan yang telah berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos 2018 tersebut adalah bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak.

Pertandingan adalah dibuka kepada semua warga Malaysia dan juga pelancong asing bertujuan untuk mempromosikan Kompleks DUN dengan syarat kesemua foto mesti diambil dalam lingkungan kawasan Kompleks DUN Sarawak.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Speaker DUN Sarawak YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Fotografi, Selfie dan Wefie, YB Datuk Francis Harden anak Hollis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan YB Encik Dennis Ngau.

Berikut adalah senarai hadiah yang diterima oleh para peserta mengikut kategori masing-masing;

a) Fotografi (Jenis Kamera- Point and Shoot Camera dan Kamera DSLR)

1). Kategori Terbuka

Tempat Pertama – RM5,000 berserta trofi

Tempat Kedua – RM3,000 berserta trofi

Tempat Ketiga – RM2,000 berserta trofi

(20 pemenang hadiah saguhati menerima RM200 seorang)

2). Kolej/Universiti/ Institut Pengajian Tinggi

Tempat Pertama – RM3,000 berserta trofi

Tempat Kedua – RM2,000 berserta trofi

Tempat Ketiga – RM1,000 berserta trofi

(20 pemenang hadiah saguhati menerima RM100 seorang)

3). Sekolah Menengah (13 tahun -17 tahun)

Tempat Pertama- RM1,000 berserta trofi

Tempat Kedua – RM800 berserta trofi

Tempat Ketiga-RM500 berserta trofi

(20 pemenang hadiah saguhati menerima RM100 seorang)

b) Swafoto (Kamera Telefon Bimbit)

Tempat Pertama – RM3,000 berserta trofi

Tempat Kedua – RM2,000 berserta trofi

Tempat Ketiga – RM1,000 berserta trofi

(20 pemenang hadiah saguhati menerima RM100 seorang)

C) Swafoto berkumpulan (Kamera Telefon Bimbit)

Tempat Pertama – RM3,000 berserta trofi

Tempat Kedua – RM2,000 berserta trofi

Tempat Ketiga – RM1,000 berserta trofi

(20 pemenang hadiah saguhati menerima RM100 seorang)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article