- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Pembukaan Jajaran Telok Melano-Sematan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

Must read

Majlis Pembukaan Jajaran Telok Melano-Sematan yang diadakan pada 26 Januari 2019 menyaksikan pakej kerja pertama Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 33 km dari Telok Melano ke Sematan sedia digunakan oleh orang ramai.

Majlis yang dirasmikan bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Tuan Baru Bian membuktikan komitmen dan kerjasama erat kedua belah pihak bagi memastikan kawasan luar bandar Sarawak turut menikmati pembangunan infrastruktur yang terbaik.

Selaras dengan visi dan komitmen mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan Satem, pembukaan jajaran Telok Melano ke Sematan bakal menyaksikan potensi perkembangan ekonomi dan pembangunan lebih giat di sekitar kawasan Telok Melano terutamanya Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang.

Kawasan Telok Melano berpotensi besar untuk dimajukan sebagai lokasi eko-pelancongan dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan Taman Negara Tanjung Datu dan Taman Hidupan Liar Samunsan.

Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Telok Melano-Sematan telah pun bermula pada 15 September 2015 dengan melibatkan kos anggaran sebanyak RM580 juta dan telah siap sepenuhnya mengikut jadual pada 4 Januari 2019.

Jajaran Telok Melano ke Sematan adalah laluan baharu sepanjang 33 km bermula dari Kampung Telok Melano melalui sempadan timur Taman Hidupan Liar Samunsam dan berakhir di simpang bulatan yang menyambungkan jalan ke Sematan dan ke Kuching dan merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Sebelum wujudnya jalan ini, jalan sedia ada hanya menghubungkan Sematan sehingga ke Kampung Pueh manakala akses dari Sematan ke Telok Melano hanya menggunakan bot mengambil masa selama 45 minit kadangkala boleh mencapai sejam perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak.

Terdapat enam (6) buah jambatan telah dibina sepanjang jajaran ini, iaitu Sungai Samunsan, Sungai Beduan, Sungai Belinsah, Sungai Pueh, Sungai Kerambai dan Sungai Siru. Pembukaan jajaran ini menghubungkan Kampung Pueh, Kampung Sebat, Kampung Telok Serabang dan Kampung Telok Melano ke Pekan Sematan

Jalan dua lorong ini dibina mengikut piawaian JKR R5. Setiap lorong dengan lebar keluasan 3.5 meter dengan lebar keseluruhan jalan adalah 17 meter.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article