- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Projek Sarawak’s Pride – Most Number of Unity Short Stories

Must read

Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) akan menganjurkan projek ‘Sarawak’s Pride – Most Number of Unity Short Stories’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Bandar Raya Ke-31 dan Ulang Tahun Ke-4 Kuching diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan pada 1 Ogos 2019.

Dianjurkan buat julung kali, YPS dan penganjur bersama, iaitu Sarawak Development Institute (SDI) menyasarkan untuk projek berkenaan dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record (MBR) dengan tajuk Most Number of Unity Short Stories dengan syarat keseluruhan cerita pendek yang dikumpulkan melebihi 1,000 penyertaan untuk mencatat rekod.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, projek berkenaan bakal menghimpunkan seberapa banyak cerita pendek mengenai perpaduan di kalangan rakyat Sarawak yang akan dipamerkan dalam bentuk ‘maze’ di Tebingan Kuching sempena Hari Bandar Raya kelak.

Beliau yang merangkap Pengerusi SDI memaklumkan mengenai projek tersebut pada sidang media di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 12 Februari 2019.

Kriteria penyertaan cerita pendek tersebut mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan dan tidak lebih daripada 200 patah perkataan dan ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Cerita yang ditulis hendaklah berdasarkan pengalaman sebenar dan bukannya rekaan dengan mesej berkisar tentang elemen atau pengalaman dalam perpaduan, keharmonian, perasaan saling memahami, toleransi, solidariti, suasana muhibah dan penerimaan di Sarawak.

Cerita yang dihantar hendaklah disertakan dengan nama penulis, nombor kad pengenalan atau passport untuk pengesahan MBR, emel atau nombor yang boleh dihubungi dan dihantar ke emel sarawakspride@gmail.com atau melalui laman Facebook dan Instagram Sarawak’s Pride.

Borang penyertaan atas talian boleh dimuat turun di laman web YPS www.yps.org.my dan laman web SDI www.sdi.com.my

Tarikh tutup adalah pada pada 15 Jun 2019.

Penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana individu dari pelbagai kewarganegaraan, etnik dan kepercayaan yang memenuhi kriteria.

Pihak penganjur juga menyasarkan penyertaan daripada persatuan etnik dan kebudayaan, institusi agama, orang awam dan organisasi bukan kerajaan termasuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi, jabatan dan agensi kerajaan dan sebagainya.

Perkembangan terkini projek akan dimaklumkan menerusi platform media sosial Facebook dan Instagram dengan hashtag #sarawakpride.

Jelas YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi, Sarawak merupakan sebuah negeri yang tidak asing dengan perpaduan dalam kepelbagaian.

Justeru, beliau berharap agar perpaduan dan keharmonian di Sarawak dapat dikekalkan sehingga menjadi kebanggaan negeri ini dan rakyat masih lagi dapat berbicara mengenai perpaduan dalam kepelbagaian yang dinikmati untuk masa-masa yang akan datang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article