- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Inisiatif pelaksanaan kerajaan digital melalui pentadbiran ICT

Must read

Ketua Bahagian Transformasi Digital Kerajaan Digital, Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Encik Kamaruddin Mohammad dan Ketua Seksyen Pembangunan Bakat dan Pembudayaan Digital UPPN, Puan Nuraya Abdullah menyampaikan taklimat bertajuk “ICT Establishment in SCS” pada hari kedua HR Summit 1/2019 anjuran Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU), Jabatan Ketua Menteri pada 27 Februari 2019.

Taklimat yang disampaikan menyentuh tentang pentadbiran ICT, inisiatif kerajaan digital serta sejarah pelaksanaan ICT dan penubuhan Unit ICT dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SCS).

Pelaksanaan ICT dalam SCS yang telah bermula pada tahun 1992 kini turut berperanan dalam menyokong inisiatif ekonomi digital serta mempercepatkan inisiatif kerajaan digital dalam SCS.

Berikut adalah Kronologi Pembangunan ICT dalam SCS:

1992 – “State Government stop any promotion & creation of F post”

1993 – “Establishment of State Information Technology Council (SITC)”

1999 – “Establishment of SITRC (SITRC Ordinance 1999)”

2001 – “Establishment of Information & Communication Technology Unit (ICTU)”

2015 – “Merging with UPPQ and known as State Service Modernization Unit (SSMU)”

2017 – “Establishment of Sarawak Multimedia Authority (SMA)”

2018 – “Establishment of Digital Government Committee (DGC) under SMA Ordinance”

Inisiatif pelaksanaan kerajaan digital melalui pentadbiran ICT adalah penting kerana SCS ingin menjadi “Seamless Government”, iaitu perkhidmatan awam bertindak sebagai satu entiti tunggal dalam semua urusan dengan pihak luar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article