- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

JTS terus cemerlang di peringkat nasional, komited hasilkan lebih banyak inovasi

Must read

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Sr Zaidi Haji Mahdi menunjukkan fungsi ciri-ciri terkini aplikasi Mobile LASIS (Land and Survey Information System) kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa Majlis Perasmian Hari Integriti dan Inovasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) 2019 yang diadakan di Kuching pada 28 Ogos.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) sekali lagi cemerlang di peringkat nasional apabila projek inovasi Sarapeg dianugerahkan Anugerah Emas pada Public Service Innovation Awards 2019 (PSIA 2019) sempena Malaysia Technology Expo baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Sarapeg turut dianugerahkan Receiver of IFIA (International Federation of Inventors Associationas) Best Invention Medal 2019 dan mengatasi pencapaian sektor swasta yang turut serta dalam ekspo tersebut.

Selain itu, Pengarah JTS, Sr Zaidi Haji Mahdi turut memaklumkan, Mobile LASIS yang dilancarkan pada tahun lepas juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa di Amsterdam, Belanda dan San Diego, Amerika Syarikat.

Jelas beliau, dengan penambahbaikan yang dilakukan pada LASIS, JTS berhasrat untuk sekali lagi menyertai anugerah Geo-spatial World Excellence Award di Amsterdam pada April tahun depan.

Turut dipertandingkan nanti adalah 3D City Modelling, iaitu satu lagi projek pembangunan yang menggunakan teknologi 3D dalam perancangan dan pembaharuan bandar.

Dalam pada itu, Ketua Menteri secara peribadi memuji dan melahirkan rasa bangga ke atas inisiatif dan kecemerlangan inovasi yang telah dicapai oleh JTS.

Antara inisiatif lain JTS yang turut mendapat pujian Ketua Menteri adalah ‘Go Current Exercise’ yang berjaya menyelesaikan kebanyakan kes tertunggak (backlog cases).

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya agensi-agensi kerajaan yang lain mencontohi JTS untuk lebih cemerlang.

HIITS 2019 yang bertemakan ‘Inovasi Berintegriti dalam Landskap Digital’ turut memperkenalkan sebanyak 13 projek inovasi.

Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada tahun 2008, sehingga kini HIITS telah menghasilkan sebanyak 139 projek inovasi

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article